OMG Budak Bawah Umur Pun Jadi Mangsa!” – Warganet Mahu Telegram ‘Tukar Gambar Bogel Girlfriend’ Disiasat!
Fiza Kamarudin
14/01/2022 10:10 MYT
14/01/2022 10:10 MYT
Di Malaysia, penggunaan media sosial amat popular di kalangan masyarakat Malaysia seperti Facebook, Twitter, TikTok, WhatsApp, Telegram dan banyak lagi.
Penggunaannya yang mudah serta senang diakses adalah satu kelebihan, malah ada juga yang menjadikan media sosial sebagai tempat meluangkan masa lapang.
Bagaimanapun media sosial juga dapat memberikan kesan yang buruk terhadap gaya hidup masyarakat jika tidak dibendung.
Semalam, pengacara dan penyanyi Eisya Toh berkongsi mengenai Telegram ‘Tukar Gambar Bogel Girlfriend’ di laman sosial Instagram (IG) nya.
Perkongsian tersebut mencetus kebimbangan di kalangan pengikut dan pengguna laman sosial apabila mendapati kandungan di dalam grup Telegram tersebut dipenuhi video dan perbualan lucah.
Lebih menyedihkan apabila, video gadis-gadis dijadikan perkongsian di dalam grup tersebut termasuk mereka yang di bawah umur.
Rata-rata pengguna laman sosial IG, meluahkan kebimbangan apabila grup lucah dan keterlaluan seperti ini diwujudkan tanpa dipantau oleh pihak berkuasa.
Difahamkan grup tersebut mula dibuka sejak bulan Mei 2020 dan mempunyai hampir 2,500 pengikut.