Pelakon Eyka Farhana dipuji warganet terutama pengikut laman sosial Instagram (IG), selepas memuat naik beberapa keping foto menggayakan jenama jam tangan mewah.

Eyka turut memuat naik potongan video mempromosikan jam tangan tersebut dan telah menarik lebih 50 ribu tontonan pengikut laman sosial terbabit.

Dalam beberapa hantaran lain juga, penampilan aktres cantik itu mendapat lebih daripada 12 ribu tanda suka dan rata-rata suka melihat gaya anggun Eyka.

Bagaimanapun di sebalik pujian ramai, ada juga yang menegur Eyka supaya menutup aurat kerana busana yang disarung agak seksi.

Apapun, jika anda menonton drama bersiri Astro Originals, Dukun Diva penampilan Eyka Farhana agak berbeza daripada kebiasaan.

Menerusi Dukun Diva, Eyka yang membawa watak Lola berperwatakan ‘tomboy’ dengan rambut pendek dan kasar.

Mengangkat kisah 'female con artist' dan 'anti-heroes' Dukun Diva sarat dengan elemen drama, komedi, suspen, aksi dan penyiasatan.

Drama lapan episod ini mula menemui penonton mulai 6 Disember lalu, setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108).

Apa yang menarik mengenai drama Dukun Diva ini adalah dengan menampilkan watak utama diterajui wanita yang berdepan cabaran kehidupan, lebih-lebih lagi di bandar pada masa kini.

Pelakon berbakat besar, Nadia Aqilah yang tidak disangkal lagi kekuatannya dalam lakonan, membawa watak Che Yah iaitu seorang artis 'tak menjadi' di era 1990-an, akhirnya menggunakan bakat dengan menyamar sebagai dukun.

Watak Lola pula ialah anak saudara Che Yah yang bermasalah dan turut bersubahat menjadi dukun.
Kedua-dua watak ini mencipta pelbagai kepercayaan dan pantang larang atas rujukan media sosial buat jutawan kosmetik terkenal, Datuk DD lakonan Emelda Rosemila.

Terlepas episod terdahulu? Jangan risau boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.

Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dan syarat.