“OMG, Elegannya!” - Inspirasi Daripada Muskat & Tengkolok Diraja, Cantiknya Kek Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Azwa Rahman
Jun 9, 2020 09:39 MYT
Sebuah kek dua tingkat bersempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tular di laman sosial kerana kecantikan dan keseniannya.
Menerusi laman sosial Twitter, kek hasil karya Banker2Baker itu mengambil inspirasi daripada Muskat dan Tengkolok Diraja.
“Dirgahayu Tuanku. Satu penghormatan kerana diberi peluang untuk membuat kek Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dirgahayu Tuanku. Twas an honour to be given the opportunity to create His Majesty Yang Di-Pertuan Agong's birthday cake. We took inspiration from His Majesty's Muskat and Tengkolok Diraja for the design. Daulat Tuanku. pic.twitter.com/xY0gvnlVbS

— Banker2baker (@banker2baker) June 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kami ambil inspirasi daripada Muskat dan Tengkolok Diraja untuk rekaannya. Daulat Tuanku,” tulis pengendali akaun terbabit menerusi satu kicauan bergambar.
Kek dua tingkat dengan perhiasan Tengkolok Diraja di atasnya itu menggabungkan warna krim dan emas dan direka penuh teliti.
Muskat pula merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.
Hasil tinjauan Gempak di Instagram, rata-rata wargamaya memuji kecantikan kek tersebut.
“Masya-Allah so pretty,” puji seorang wargamaya.
“OMG so elegent,” komen seorang wargamaya.
“Cantiknya sampai speechless,” kata seorang wargamaya.
“Cantiknya! Rasa macam nak lukis gambar kek ni,” ujar seorang wargamaya.
“Nampak sangat eksklusif dan kaya,” tulis seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Banker2Baker pernah tular kerana menghasilkan sebuah kek istimewa buat Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah sempena ulang tahunnya baru-baru ini.
#Agong #Kek cantik #Kek ulang tahun