Laman Utama
OMG! Lepas 22 Hari Bergelar Suami Isteri, Pengantin Viral Umur 78 Kahwin Gadis 18 Tahun Bercerai
Selepas 22 hari bergelar suami isteri, pengantin viral berusia 78 tahun dikenali sebagai Abah Sarna menceraikan Noni Navita, gadis berumur 18 tahun yang dinikahinya.
Menurut laporan Tribun News, perpisahan tersebut berlaku selepas Abah Sarna menjatuhkan talak menerusi sekeping surat kepada Noni pada Jumaat lalu.
Perkara tersebut mengejutkan seluruh ahli keluarga Noni kerana sebelum ini tidak ada tanda-tanda rumah tangga adiknya sedang bermasalah.
Menurut keluarga Noni, masalah berpunca daripada keluarga Abah Sarna yang membantah perkahwinan tersebut.
Keluaga Noni juga menyifatkan tindakan dilakukan Abah Sarna seperti merendahkan maruah keluarganya dan menyebabkan pengantin yang masih dalam ‘mood’ bulan madu itu kemurungan.
Dalam pada itu keluarga turut menafikan dakwaan yang mengatakan perpisahan tersebut berlaku disebabkan Noni hamil sebelum mendirikan rumah tangga dengan Abah Sarna.
Terdahulu, perkahwinan antara Abah Sarna dan Noni di Subang, Jawa Barat, Indonesia menjadi tular di laman sosial kerana perbezaan umur mereka.
Selain itu hantaran diberikan Abah Sarna kepada Noni iaitu sebuah motosikal Honda PCX, tilam dan almari juga menarik perhatian warganet kerana terpaksa diangkut dengan lori.
Abah Sarna dilaporkan memberi mas kahwin termasuk wang 10 juta rupiah (kira-kira RM2,819) kepada Noni pada hari perkahwinan mereka.