Laman Utama

“OMG Noo Fifi Dah Mati..” - Netizen Berdebar Drama Bersiri Ex Aku Pontianak, Minggu Depan Episod Terakhir!

Azwa Rahman
17/03/2022
03:19 MYT
Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak telah menemui penonton dengan episod kesembilan pada malam ini.
Drama bergenre komedi seram ini menampilkan barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum Fikhree Bakar, Nabil Zakaria dan Arwan.
Bukan itu sahaja, drama ini juga diserikan dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor serta penampilan nama-nama besar selaku cameo seperti Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.
Dalam episod semalam, Malik sudah mengetahui apakah azimat milik bekas kekasihnya dan membawa lari peti besi dipercayai mengandungi benda berharga tersebut.
Kematian rakan pontianak, Fifi dan aksi perlawanan antara pemburu pontianak Suraya dan Bella juga membuatkan penonton tak senang duduk!
Di laman Twitter, ramai wargamaya tidak sabar menantikan nasib Bella dalam episod terakhir minggu depan. M
“OMG nooooo Fifi, the most adorable pontianak dah mati. #ExAkuPontianak,” komen seorang wargamaya.
“Haa dah makan kawan dah Bella. padan muka Bella. #ExAkuPontianak,” ujar seorang wargamaya.
“Lahai kebal ye Suraya ni! And sempat lak cakap fasal Malik time lawan tu. Tunggulah episod last minggu depan, couple ke tak diorang ni,” komen seorang wargamaya.
“Fuhh this week punya episod memang sangat epic dan mendeborkan wehh #ExAkuPontianak,” komen seorang wargamaya lagi.
Diilhamkan oleh Anwar Hadi, drama terbitan syarikat produksi Red Comm ini Shamyl Othman selaku sutradara dan sokongan panel penulis skrip yang terdiri daripada Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Januari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Hiburan

Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

gempak
25/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menganggap program Malaysia4Palestin merupakan satu inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Hiburan

Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

gempak
22/05/2024
08:55 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.
Filem

#Sheriff: Terus Lakar Kejayaan, Raih RM16.3 Juta Untuk Lima Hari Tayangan! Datuk Yusof Haslam Terharu Dengan Sambutan

gempak
22/04/2024
06:00 MYT
Datuk Yusof Haslam terharu sambutan Sheriff.