Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Omg Oh No My Crush .." - Syahmi Safari Bertunang, Peminat Cemburu & Kecewa

Zulaikha Yusof
27/12/2018 10:42 MYT
Pemain bola sepak kebangsaan, Syahmi Safari selamat melangsungkan pertunangan dengan cinta hatinya yang dikenali sebagai Nabilah Nafisah, Ahad lalu.

Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagramnya semalam.

Syahmi juga berkongsi beberapa keping foto bersama tunangnya beserta kapsyen melahirkan rasa syukur.

"23/12/2018. Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan," tulisnya.

Rata-rata pengikut Syahmi mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

Namun begitu, terdapat segelintir peminat wanita menunjukkan mereka cemburu dan kecewa apabila mengetahui Syahmi sudah bertunang.

"@syahirah.alias: Omg oh nooo my crush. Hati ku remuk dehh."

"@keedakamal: Weh this cannot be happen."

"@ida_ib: Why laa why so early."

"@syasyamimi98: Weh crush saya yang tak berapa nak crush ni dah tunang."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

23/12/2018 Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan ??? #weareengaged

A post shared by Syahmi Safari (@syahmisafari20) on

#Tunang #Syahmi Safari