DRAMA
One Cent Thief 2: Fabian Loo Syukur Syafiq Kyle Banyak Beri Tunjuk Ajar Lakonkan Babak Aksi - “Dia Tak Kisah Saya Tak Ada Pengalaman”
Pelakon, Fabian Loo akui wataknya sebagai Chen yang merupakan pemimpin kumpulan penggodam elit dikenali sebagai Digital Karma dalam drama bersiri Astro Original, One Cent Thief 2 (OCT2) sangat mencabar.
Syafiq banyak beri tunjuk ajar
Bagaimanapun kata Fabian, dia bersyukur kerana Syafiq Kyle yang juga merupakan teraju utama OCT2 banyak membantunya dan memberi tunjuk ajar ketika melakukan babak aksi.
“Ada banyak babak aksi yang saya tak pernah buat, nasib baik ada Syafiq sebab dia memang berpengalaman dalam hal begini.
“Dia akan ajar saya, dia tidak kisah saya tak ada pengalaman. Syafiq akan beri tips tentang cara jatuh atau berlari dengan betul untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
“Jadi saya rasa selamat sebab ada yang bantu dan memberi tunjuk ajar, sejujurnya saya seronok dengan karakter saya.
“Bagi saya sukar untuk melakukan babak aksi tetapi bila sudah buat saya rasa senang.
“Senang itu maksudnya bukanlah sebab benda itu senang tapi saya rasa kerana kita semua ada kerjasama yang baik.
“Jadi kerjasama itulah yang membuatkan babak itu senang untuk dilakonkan,” katanya kepada Gempak.
Kagum dengan Trisha Oii
Dalam pada itu, Fabian juga turut berkongsi pengalamannya berlakon bersama Trisha Oii yang membawakan watak Diyana.
Kata Fabian, Trisha merupakan seorang wanita yang sangat fokus dalam kerja yang dilakukan dan keserasian mereka berdua juga agak baik.
“Saya tidak pernah bekerja dengan Trisha dan dalam OCT2 ini sejujurnya saya sangat kagum dengan dia.
“Sebelum ini dia merupakan pelakon lagak ngeri, jadi bila kita masuk set penggambaran dan buat babak yang agak sengit, dia sentiasa ada.
“Perkara itu membuatkan saya rasa seperti saya pun harus bekerja keras dan lebih baik lagi untuk berada dalam satu frame yang sama dengan dia.
“Rasanya saya, Syafiq dan Trisha, kami mempunyai keserasian dan sentiasa ada sentiasa ada bersama antara satu sama lain,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN:One Cent Thief 2: Watak Chen Lakonan Fabian Loo Mainkan Peranan Penting Sebagai Ketua Digital Karma
ARTIKEL BERKAITAN:Terkejut Terima Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Asia Pasifik, Fabian Loo Tak Kisah Nama Tak Tercalon Anugerah Filem Tempatan - “Bagi Saya Yang Penting Adalah…”
ARTIKEL BERKAITAN:Berjaya Rangkul Anugerah Di FFAP61, Tunku Mona Riza Terkilan Fabian Loo Tak Tercalon Di FFM33 - “Dia Ada Potensi Besar…”
ARTIKEL BERKAITAN:Azira Shafinaz, Fabian Loo Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-61
Siri terbitan Astro Shaw bersama Independant Pictures Sdn Bhd ini menyambung perjuangan Iman Shah dan Digital Karma untuk menjatuhkan Ibu Zara, pemilik kartel dadah yang sangat berkuasa.
OCT2 ini adalah hasil sentuhan premium Ariff Zulkarnain dan juga Alfie Palermo, show runner dan pengarah asal bagi siri original One Cent Thief.
Selain Fabian, OCT2 dibintangi oleh Syafiq Kyle (Iman Shah), Azira Shafinaz (Intan), Faizal Husin (Abah), Sofia Jane (Ibu Zara), Trisha Ooi (Diyana), Syarul Izani (Dzia) dan juga Shashi Taran (Kapten Chandran).
Saksikan One Cent Thief 2 Kini di OnDemand, Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), serta hari Isnin jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.