HIBURAN
One Cent Thief 2: Iman Digelar Pembunuh! Perlumbaan Nyawa Bermula Dalam Episod 4
Dalam episod keempat musim kedua drama “One Cent Thief” yang bertajuk “Killing in the Name”, Iman Shah berhadapan dengan cabaran besar apabila Abah dan Intan berada dalam bahaya akibat ancaman daripada Ibu Zara.
Menyedari situasi kritikal ini, Iman berusaha keras untuk menyelamatkan mereka sebelum terlambat. Sementara itu, Dzia menghadapi masalah apabila penyamarannya terbongkar oleh Intan, menambah lagi ketegangan dalam episod ini.
Episod ini menonjolkan konflik dalaman dan luaran yang dihadapi oleh watak-watak utama, terutama Iman yang terpaksa membuat keputusan sukar demi menyelamatkan orang tersayang.
Penonton dapat menyaksikan bagaimana tekanan dan ancaman daripada Ibu Zara mempengaruhi tindakan dan emosi setiap watak, menjadikan jalan cerita semakin mendebarkan.
Bagi peminat yang mengikuti perkembangan “One Cent Thief”, episod keempat ini pastinya menawarkan plot twist yang tidak dijangka dan meningkatkan lagi rasa ingin tahu terhadap episod-episod seterusnya.
Saksikan One Cent Thief 2 Kini di OnDemand, Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakalam jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), serta hari Isnin jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.