HIBURAN
One Cent Thief 2: Iman Terperangkap Antara Realiti Dan Mimpi, Episod Lima Penuh Konflik
Episod kelima ‘One Cent Thief’ musim kedua membawa penonton menyelami konflik dalaman Iman Shah yang terperangkap antara realiti dan dunia mimpinya.
Mimpi yang Mengelirukan
Kisah bermula dengan Iman yang tersedar di rumah lamanya, menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Namun, pencariannya terhadap Abah membawa penonton menyedari bahawa semua ini hanyalah rentetan mimpi. Sebenarnya, Iman tidak sedarkan diri di lokap Unit Jenayah Khas.
Chandran di Bawah Tekanan
Kapten Chandran berada di bawah tekanan Ibu Zara untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi wang haramnya. Beliau berjanji akan mencari tempat persembunyian tersebut, sambil mengetahui bahawa bukan orang mereka yang menembak Abah.
Persefahaman Chen dan Diyana
Diyana kembali dan berhadapan dengan Chen. Mereka berdamai dan bersetuju untuk menyelamatkan Iman. Langkah pertama adalah mencari lokasinya.
Godaan Dunia Mimpi
Dalam mimpinya, Iman menjalani kehidupan yang cerah, di mana dia akan berkahwin dengan Intan dan tiada siapa yang mengendahkan Digital Karma. Dia tergoda untuk menerima dunia ini.
Dalam realiti, dia perlu melepaskan tempat persembunyian Digital Karma untuk mencapai kehidupan tersebut, demi kelangsungan hidupnya.
Konflik dan Kesedaran
Chandran terus memukul Iman. Pada masa yang sama, Digital Karma berjaya menyebabkan sel terbuka dan banduan mula merusuh. Chandran marah, memukul lagi dan Iman berada di ambang maut. Iman berdepan dengan dirinya sendiri dan menyedari dia perlu meneruskan perjuangan. Dia bangun, mengalahkan Chandran dan melarikan diri.
Episod ini menampilkan konflik dalaman Iman yang terperangkap antara realiti dan dunia mimpinya, sambil berusaha mencari jalan keluar dari cengkaman musuh-musuhnya.
Saksikan One Cent Thief 2 Kini di OnDemand, Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), serta hari Isnin jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.
Must-Watch Video