Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
HIBURAN

One Cent Thief 2: Watak Chen Lakonan Fabian Loo Mainkan Peranan Penting Sebagai Ketua Digital Karma

Khairil Khusyairi 23/02/2025 | 06:50 MYT
Dalam One Cent Thief musim kedua, watak Chen, yang dilakonkan oleh Fabian Loo, merupakan pemimpin kumpulan penggodam elit dikenali sebagai Digital Karma.
Chen memainkan peranan penting dalam membantu Iman Shah menjatuhkan Ibu Zara, seorang ketua kartel dadah yang telah menyusup ke dunia politik dan menjadi hampir kebal terhadap undang-undang.
Dengan kepakaran sibernya, Chen dan pasukannya merancang misi berani untuk merompak wang haram milik Ibu Zara dan mengagihkannya kepada masyarakat.
Selain itu, Chen dibantu oleh orang kanannya, Diyana, yang turut memainkan peranan penting dalam operasi mereka.
Saksikan One Cent Thief 2 Kini di OnDemand, Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakalam jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), serta hari Isnin jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.
#Musim Kedua #Watak #One Cent Thief 2 #Chen #Digital Karma #Fabian Loo