One Cent Thief: Bermula Punca Segala Kejahatan! Episod 1, Ini Lima Perkara Yang Iman Kena Hadap!
Mya Amri
15/10/2022 09:30 MYT
15/10/2022 09:30 MYT
Tayangan episod pertama drama Astro Originals, One Cent Thief minggu lalu masih lagi menjadi bualan penonton.
Hal ini kerana jalan cerita One Cent Thief itu sendiri berjaya memukau penonton untuk sama memasuki dunia perbankan dan juga scammer.
Menerusi tinjauan di laman Twitter, tanda pagar #OneCentThief dibanjiri komen-komen netizen yang rata-ratanya berpuas hati dengan episod pertama.
Selain itu, kebanyakan mereka juga menyifatkan drama ini kualitinya kelihatan lebih internasional.
Untuk episod pertama, penonton dapat menyaksikan perubahan karakter Iman Shah lakonan Syafiq Kyle, daripada seorang yang baik kemudiannya menjadi rebel atas desakan kewangan.
“Bila kau sedar semua ni, kau ada dua pilihan, teruskan hidup macam biasa atau kedua, bangkit dan berhenti jadi hamba,” - kata Iman Syah
Ini lima perkara yang dapat kita lihat dalam episod pertama, One Cent Thief.
#Kaki Kipas
Siapa yang tidak geram melihat orang lain berjaya dinaikkan pangkat atau menjadi kesayangan boss hanya disebabkan pandai mengampu?
Kerja pun tidak seberapa namun lontaran kata-kata manis itulah berjaya memikat hati boss seperti yang ditunjukkan oleh watak Redza dan Ash Lee.
#Kesabaran
Pada mulanya Iman begitu sabar dengan dugaan berlaku dalam hidupnya. Antaranya melayan karenah pelanggan, hutang ah long dan juga bayaran kos pembedahan bapanya sebanyak RM60,000
Namun sesabar mana pun manusia, adakalanya sampai satu tahap akan berasa fed up dan itulah yang membuatkan Iman berubah.
#Tekanan Hidup
“Punca kejahatan bukan duit… Punca segala kejahatan adalah bila kau tak ada duit,” bait-bait ayat Iman ini bertepatan dengan kisah hidupnya.
Nak bayar sewa rumah, bapa berhutang dan beli barang-barang tiada faedah membuatkan Iman sudah cukup tertekan.
Namun insiden Iman ditangkap oleh Devan yang merupakan seorang ah long telah mengubah segalanya.
Dituntut untuk membayar RM30,000 iaitu hutang dari bapanya dan harus dipulangkan dalam masa dua hari membuatkan Iman terdesak mencari duit dengan cara yang salah.
#Nekad Demi Bapa
Seburuk mana pun kelakuan atau perangai namun dia tetap seorang bapa kepada Iman, insan yang telah menjaganya.
Demi merawat penyakit bapanya, Iman sanggu melakukan apa sahaja walaupun ‘niat tidak menghalalkan cara’
Akibat serangan jantung, Iman terpaksa menanggung kos pembedahan bapanya. Buntu dengan situasi tersebut, Iman akhirnya nekad untuk melakukan sesuatu yang salah.
#Persahabatan
Intan, satu-satunya sahabat baik Iman yang juga merupakan rakan sekerjanya. Sanggup mengeluarkan wang RM30,000 untuk membiayai kos rawatan bapanya Iman yang dianggap seperti bapa kandungnya sendiri.
Intan bekerja di bahagian unit keselamatan siber manakala Iman pula pegawai bank. Kedua-duanya sering berkongsi masalah dan memahami antara satu sama lain.
Untuk rekod, One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.
Selain itu, turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.
Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.
Saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.
Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
Strim di Astro dengan Pek Premium 1 hanya RM99.90 (untuk 6 bulan). WhatsApp “Nak Astro” ke 03-95433838.
#AstroOriginals #OneCentThief #PekPremium1