Drama premium bersiri Astro Originals One Cent Thief telah mencipta rekod menjadi drama nombor satu pilihan penonton di platform On Demand dengan jumlah unique viewers 159 ribu sehingga episod empat.
Menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, kejayaan itu sekaligus membuktikan One Cent Thief boleh diklasifikasikan sebagai karya berkelas international.
“Kami berasa amat gembira, ternyata dengan mempersembahkan penceritaan yang segar dapat memberikan pengalaman berbeza kepada penonton sehingga mampu menarik penonton Astro untuk strim tanpa henti pada bila-bila masa.
“Berdasarkan jumlah unique viewers dan sambutan hangat di sosial media, telah membuktikan One Cent Thief, sebuah karya berkelas internasional mampu menyaingi kandungan-kandungan antarabangsa di On Demand,” ujarnya.
Sebagai sehingga kini, One Cent Thief juga merupakan antara topik hangat yang dibualkan penonton di media sosial.
Dengan jalan cerita yang menarik, kehebatan dan juga keberkesanan setiap pelakon membawakan watak masing-masing membuatkan penonton tidak puas untuk menonton karya tersebut.
Jangan lupa saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.
One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.
Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.
Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
Strim hiburan dengan kualiti premium melalui Ultra Box, semua dalam Pek Premium 1. WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk tawaran hebat.
Mya Amri
Fri Nov 11 2022

![[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen [VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-dia-sedut-juga-sikit-nafas-tu-lucu-lihat-harris-annuar-layan-isteri-mengidam-bau-simen.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen
Lucu bila Harris sakat isteri dia heheh.
.png?ext=.png)
“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."
Allahu sedihnya...

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
![[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…” [VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-45_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Cantik la Siti ni...

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Duit habis banyak tapi produk tak laku?
_1.png?ext=.png)
Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”
Bella tak mahu ulas lagi

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel
Netizen puji Mas Idayu

“Mata Berair, Kacau Pernafasan, Tak Larat Nak Buat Apa-Apa Dah” - Jue Aziz Kena Influenza, Ramai Doa Cepat Sembuh
Semoga Jue Aziz cepat sembuh.

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”
Alhamdulillah