,
Laman Utama

One Cent Thief: “Dia Memang Best! Tak Kacak Tak Apa Janji Berlakon Tak Kayu”- Ramai Tak Puas Tengok Lakonan Amerul Affendi

Mya Amri
06/11/2022
07:00 MYT
Sebut sahaja nama pelakon Amerul Affendi, perkara pertama yang terlintas difikiran sudah pasti kehebatan lakonannya.
Tidak hanya satu watak, Amerul juga layak digelar pelakon verstile dan serba boleh kerana kepelbagaian katakternya dalam sesuatu naskhah.
Terbaharu, Amerul sekali lagi berjaya menarik perhatian penonton dalam siri Astro Originals iaitu One Cent Thief.
Melakonkan karakter bernama Kadak, ternyata keberkesanan lakonan Amerul itu membuatkan penonton turut berasa intense dalam babak tertentu.
Malah di laman sosial juga rata-ratanya memuji watak Kadak. Antara komen yang diterima adalah:
“One Cent Thief... Aku rasa cerita Melayu terpaling lain dari yang lain lepas aku tengok. Lagi-lagi watak Kadak yang jarang-jarang keluar tapi sekali keluar padu terus. Tak hendsome tak apa @Amerul_Affendi janji kau belakon tak kayu,”
“Best series #OneCentThief ni. Cuma tak puas nak tengok Kadak lagi ni,”
“Dah kata dah! Kalau Amerul Affendi memang best la cerita dia,”
“Amerul Affendi ni, bagi watak apa pun.
, dia punya bawa, macam watak tu created for him. Always a fan bila tengok dia beraksi. Dalam One Cent Thief ni nampak macam ringan je karekter tapi feel dia mantap. Kalau jahat, jahat nau. Kalau nerd, nerd betul. Kalau psyco, macam real,” komen beberapa penonton.
Ingin tahu apa yang berlaku seterusnya dalam One Cent Thief? Sama-sama kita nantikan.
Jangan lupa saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.
One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.
Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.
Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
Strim di Astro dengan Pek Premium 1 hanya RM99.90 (untuk 6 bulan). WhatsApp “Nak Astro” ke 03-95433838.
#AstroOriginals #OneCentThief #PekPremium1
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!

gempak
29/09/2023
14:27 MYT
One Cent Thief, Liar, Polis Evo 3, Borak Dulu Baru Kamu antara penerima anugerah.
Laman Utama

Amerul Affendi Nak Sertai Uji Bakat Filem Keluang Man, Tapi Dengan Satu Syarat…

gempak
20/08/2023
11:50 MYT
Semoga berjaya!
Laman Utama

Cayalah! One Cent Thief Antara Yang Tercalon Dalam ContentAsia Award! Semak Senarai Penuh

gempak
26/07/2023
08:30 MYT
Cayalah!
Laman Utama

[VIDEO] Syafiq Kyle Hadiahkan Vellfire Pada Keluarga, Netizen Bergurau Beli Guna Duit ‘Rompakan’; “Dia Kan One Cent Thief”

gempak
01/01/2023
09:00 MYT
Lucu betul netizen
Laman Utama

Drama Siri Astro Originals, One Cent Thief Cipta Sejarah! Tersenarai Dalam Top 10 Rancangan Terbaik TV Asia 2022

gempak
22/12/2022
07:00 MYT
Tahniah One Cent Thief