“Only Allah Can Test Us” - Jawapan Exam Pelajar Ini Bikin Netizen Terkesima
Izwan Isa
05/02/2024 01:54 MYT
05/02/2024 01:54 MYT
Setiap daripada kita pasti melalui bibit-bibit sukar ketika menjawab kertas peperiksaan, apatah lagi jika kita tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.
BERITA TRENDING: Pelajar Dapat Markah 7/60 Dalam Kertas Exam Bahasa Melayu Dihencap Netizen, Diana Danielle Beri Cadangan!
Mungkin hal ini yang berlaku pada seorang pelajar apabila kertas soalan peperiksaan yang bertulis jawapan-jawapan tidak masuk akal tular di media sosial.
Antara jawapan (atau nota kaki) yang ditinggalkan dalam kertas peperiksaan termasuklah ‘only Allah can test us’, ‘sesusah-susah tupai melompat, susah lagi ASK’ dan ‘baca lain masuk bab lain, apa ni?’.
Selain itu, terdapat juga sepotong ayat yang sering digunakan oleh pengguna TikTok pada jawapan berkenaan.
Ayat tersebut adalah: “Aku pasrahkan diri aku saat ini, kepada penguasa langit dan bumi, kerana aku ikhlas ya Allah,” tulisnya.
Sungguhpun gambar tersebut yang pada awalnya dikongsikan menerusi platform X telah dipadam, namun, ia sempat dikongsi semula di Facebook. Antara komen yang diterima: