Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Oops She Did It Again! Britney Spears Berkahwin Secara Eksklusif, Tapi Bekas Suami Buat Kecoh?

Hanafis Haris
10/06/2022 05:06 MYT

Penyanyi pop terkenal Britney Spears, 40, akhirnya berkahwin dengan pasangannya Sam Asghari, 28, di rumah agam yang terletak di Thousand Oaks.

Mengabadikan hari perkahwinannya itu, Britney kelihatan sungguh menawan dengan gaun pengantin Versace yang dicipta oleh ikon fesyen legenda Donatella Versace.

Difahamkan juga, penyanyi Womanizer itu turut menyarung barang kemas mewah oleh Stephanie Gottlieb manakala soleknya diserikan oleh Charlotte Tilbury.

Tambah menarik, majlis eksklusif itu turut dihadiri ramai selebriti Hollywood bertaraf A-list termasuklah Paris Hilton dan Drew Barrymore.

Malah, hanya abangnya, Bryan Spears yang mendapat jemputan ke majlis berkenaan, manakala ibu bapa dan adiknya, Jamie Spears tidak diundang.

Dalam perkembangan lain, polis menahan bekas suami Britney Spears, Jason Alexander selepas membuat kecoh di majlis perkahwinan berkenaan.

Alexander yang juga suami pertama Spears dilaporkan menceroboh dan memasuki rumahnya ketika upacara sedang berlangsung.

Menerusi foto tersebar, Alexander dilihat turut terbaring sewaktu ditahan.

Untuk rekod, ini adalah perkahwinan ketiga penyanyi pop itu.

Terdahulu, Spears dan Asghari bertunang sebelum mengumumkan dia hamil pada April lalu.

Perkahwinan keduanya adalah bersama Kevin Federline pada 2004.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Preston, 16, dan Jayden James, 15.

Sumber Gambar: Vanity Fair


#Suami #Britney #Britney Kahwin
;