Pelakon drama bersiri online, Celup, Sean Lee menarik perhatian peminat selepas menggunakan aplikasi mengubah wajah menjadi tua atau #AgeChallenge.

Menariknya, wajah Sean yang tua itu kelihatan semakin kacak walaupun sudah mempunyai garisan penuaan dan juga berjambang.

Malah Sean sendiri mengusik peminatnya dengan mengatakan wajahnya menyerupai selebriti Hong Kong.

“#OppaSean in 30 years, nampak macam Hong Kong artist pulak. Kongsi sikit pendapat korang, masih minat tak kalau macam ni?” tulisnya.

#OppaSean in 30 years ? nampak macam Hong Kong artist pulak ? Kongsi sikit pendapat korang, masih minat tak kalau cenni? ? @kitaljens #LJENS

A post shared by SEAN LJE (@seanlje) on


Perkongsian Sean itu mendapat pelbagai reaksi peminat yang rata-ratanya memuji kekacakan pelakon itu.

“Nampak handsome bila dah berjambang hahahaha tapi still hensem yang sekarang ni @seanlje,” komen @izreana_fiza0275

“Kalau oppa macam ni bila dah tua memang admire sampai bila-bila lah macam tu,” usik @intan.nabihah

“Apa ni ni @seanlje macam mana ni nak pilih Tony Stark ke you ni, tua-tua pun still looks hot stress level up,” puji @ireenrahim

Terdahulu, Sean Lee merupakan personality Youtube, selebriti media sosial dan juga pelakon.

Sean mula dikenali ramai selepas membawa watak Joe dalam drama bersiri Keluarga Pontimau pada tahun 2015.