Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

Mya Amri
21/07/2024 05:50 MYT
Pelakon Korea popular, Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.

Peluang berinteraksi dengan Lee Joon Gi

Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors Entertainment selaku Penganjur Bersama, 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR <JOONGI'S DAY: FESTIVAL> in Kuala Lumpur pasti akan mencatatkan kenangan indah buat para peminatnya.

Jika sebelum ini hanya dapat menonton lakonannya menerusi K-drama dan filem di skrin, kini peminat dapat menatap wajahnya secara langsung.

Bukan sahaja sahaja berpeluang berinteraksi dengan Joon Gi, malah peminat juga dapat menonton persembahan menarik daripada aktor dan juga penyanyi yang terkenal dengan gerak tari serta vokal mengagumkan.

Digelar Raja Sageuk & Drama Bersejarah

Mengimbas kembali perjalanan karier Joon Gi, pelakon kacak itu memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai model dan mendapat peluang berlakon untuk watak kecil sahaja.

Namun namanya mula menjadi popular selepas beliau melakonkan watak utama dalam filem The King and the Clown, diikuti dengan siri romantik komedi My Girl yang melonjakkan lagi namanya dalam industri.

Malah Joon Gi juga digelar sebagai ‘Raja Sageuk’ atau ‘Raja Drama Bersejarah’ kerana sering melakonkan watak utama dalam banyak drama bersiri seperti Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo, Scholar Who Walks the Night, Arang and the Magistrate dan Iljimae.

Sesuai dengan reputasinya sebagai pelakon serba boleh, Joon Gi telah membintangi K-drama pelbagai genre seperti Arthdal Chronicles, Again My Life, Flower of Evil bersama Moon Chae Won, Lawless Lawyer dengan Seo Yea Ji dan banyak lagi.

Joon Gi juga turut membuat debut di Hollywood menerusi filem Resident Evil: The Final Chapter.

Memenangi banyak anugerah

Sepanjang karier lakonannya, Joon Gi juga telah memenangi pelbagai anugerah daripada Anugerah Grand Bell Korea Selatan, Anugerah Drama SBS, Anugerah Drama KBS dan juga di pentas antarabangsa, antaranya di Festival Filem Antarabangsa Hawaii dan Festival Filem Antarabangsa Shanghai.

Sebagai penyanyi, Joon Gi telah mengeluarkan beberapa lagu yang mempamerkan gaya yang berbeza.

Joon Gi juga mahir dalam seni mempertahankan diri dengan tali pinggang hitam dalam Taekwondo, Hapkido dan Taekkyeon.

Sesi bertemu peminat

Bagi peminat yang ingin bertemu Joon Gi, tiket akan mula dijual pada Jumaat, 26 Julai 2024, jam 12 tengah hari di www.ticketingtix.com.

Setiap pembelian tiket tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

2024 LEE JOON GI ASIA TOUR <JOONGI'S DAY: FESTIVAL> in Kuala Lumpur akan diadakan pada 22 September depan bertempat di Mega Star Arena, bermula jam 6 petang.

Berikut merupakan harga tiket yang dijual:

Zon VIP - RM798 (Faedah Peminat: Poster Ditandatangani Personal untuk 23 peminat, Poster Bertandatangan untuk 80 peminat, Foto Peribadi (1:1) untuk 30 peminat, Foto Berkumpulan (20:1) untuk 280 peminat, Soundcheck dan Sesi Selamat Tinggal.)

CAT 1 - RM668 (Faedah Peminat: Poster Bertandatangan untuk 70 peminat, Foto Berkumpulan (20:1) untuk 20 peminat, Sesi Selamat Tinggal.)

CAT 2 - RM538 (Faedah Peminat: Sesi Selamat Tinggal.)

CAT 3 - RM358 (Faedah Peminat: Sesi Selamat Tinggal.)

Untuk maklumat lanjut, ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl).

#Fanmeeting #Artis Korea #Oppa #Flower of Evil #Asia Tour #GempakChingu #Lee Joon Gi #Scarlet Heart Ryeo