Personaliti popular Oprah Winfrey akan memberi sumbangan sebanyak 10 juta USD (RM44 Juta) sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan di Amerika Syarikat.

Memetik laporan Forbes, sebahagian dari jumlah itu akan disumbangkan kepada Ameria's Food Fund bagi membantu golongan yang kelaparan ketika berhadapan krisis ini.

"Sebahagian dari jumlah keseluruhan itu, saya akan menyumbangkan kepada inisiatif terbaru di Amerika iaitu America's Food Fund yang akan memberi bekalan makanan kepada masyarakat.

"Jumlah dana yang dikumpul oleh organisasi itu setakat ini telahpun mencecah 12 Juta USD (melebihi RM52 juta)." kata Oprah dalam satu kenyataan.

Walaubagaimanapun, jumlah selebihnya dari sumbangan itu tidak dinyatakan oleh Oprah secara terperinci, namun ia dipercayai akan diagihkan kepada semua bandar di Amerika Syarikat.

Oprah yang dikenali dengan sifat pemurahnya itu sebelum ini pernah menghadiahkan 300 buah kereta kepada setiap penonton program bual bicaranya, Oprah Winfrey Show 14 tahun lalu.

Selain Oprah, antara individu berpengaruh di Amerika Syarikat yang turut memberi sumbangan ketika berhadapan pandemik COVID-19 adalah Bill Gates, Kylie Jenner, Bernard Arnaut dan ramai lagi.


Sumber : Forbes