Hiburan
“Orang Akan Tetap Ingat” - Azhan Rani Bosan Bawa Watak Penunggang Agama
Pelakon Azhan Rani mengakui dia sudah bosan apabila sering ditawarkan watak sebagai penunggang agama.
Menurut Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, 49, sejak kejayaannya membawa watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur, dia menerima banyak tawaran untuk melakonkan watak serupa. Namun, dia terpaksa menolak sebahagian daripadanya kerana tidak mahu terus terikat dengan peranan yang sama.
“Terus terang, saya bosan membawa watak penunggang agama.
“Saya rasa selepas drama Nur, terlalu banyak pihak yang menawarkan saya watak seperti itu, dan banyak juga yang saya tolak,” katanya kepada Gempak.Azhan berkata demikian ketika menghadiri majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025 yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Janji tidak ambil watak yang sama
Meskipun masih menerima tawaran yang sama, aktor itu mengakui dia sudah berjanji untuk tidak lagi membawakan watak berimej ustaz atau berpenampilan seperti seorang ustaz.Hal ini kerana, setiap kali dia diberikan watak sebegitu, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ialah kebimbangan orang ramai akan terus mengingatinya sebagai Ustaz Hamadi.
Dia percaya, sama ada dia memegang watak ustaz yang baik atau jahat, penonton tetap akan mengaitkannya dengan karakter tersebut.
“Saya juga berjanji untuk tidak lagi membawa watak ustaz atau berimej sedemikian.
"Bila saya diberikan watak seperti ini, perkara pertama yang saya katakan kepada Eyra Rahman ialah nanti orang akan ingat watak itu.
"Saya bawalah watak ustaz baik atau jahat sekali pun, orang tetap akan ingat Ustaz Hamadi,” jelasnya.Sukar lepas watak Ustaz Hamadi
Bagaimanapun, Azhan mengakui sukar untuk dirinya melepaskan imej Ustaz Hamadi yang pernah dibawakannya sebelum ini.Oleh itu, apabila dia mendapat peluang untuk berlakon dalam drama lain, dia berharap watak baharu yang dilakonkan dapat mengubah persepsi penonton dan membuat mereka melupakan akan watak tersebut.
“Saya akui, bukan mudah untuk saya menghilangkan imej Ustaz Hamadi.
"Bila saya dapat peluang berlakon dalam drama lain, saya berharap ia dapat menutup ingatan penonton terhadap watak Hamadi dan mereka akan lebih fokus pada watak baharu saya,” luahnya.BERITA BERKAITAN: Azhan Rani Dedah Pertama Kali Datang Anugerah Selepas Nama Bolos Top 5 - “Harap Tak Tua Sangat Aku Untuk…”
BERITA BERKAITAN: Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
BERITA BERKAITAN: Khunsa: “Nasib Baik Dia Tak Melatah” - Ketuk Kepala Azhan Rani, Sherry Alhadad Menggigil
BERITA BERKAITAN: Azhan Rani Terkilan Khunsa Jadi Mangsa Cetak Rompak - “Tak Rasa Sebab Bukan Usaha & Kerja Anda Yang Dirompak”
Must-Watch Video