Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Orang Basuh Berak Budak Dalam Tu” - Masak Mi Segera Dalam Singki Hotel, Lelaki-Lelaki Ini Dikecam Netizen

Izwan Isa
03/01/2022 03:09 MYT
Baru-baru ini, kecoh di sosial media, khususnya di TikTok dan Twitter apabila sekumpulan lelaki memasak mi segera dalam singki hotel.

Menerusi video yang berdurasi sekitar 19 saat itu, aktiviti memasak mi segera berkenaan dipercayai berlaku di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pada ruangan komen TikTok, pemilik video tersebut menerangkan yang aktiviti memasak mi segera dalam singki dilakukan kerana ketiadaan mi segera dalam cawan di kedai berdekatan.



“Macam ini ceritanya. Kita orang lapar dan supermarket KK sahaja yang buka. Memang nak beli Maggi cup tetapi tiada. Kawan saya ni lapar sangat jadi dia basuh singki tu kemudian letak air panas kemudian letak maggi

“Masalahnya kawan makan habis mat, saya makan dua suap je. Dan kalau korang nak tahu rasa dia kan rasa tawar. Tak rasa maggi sebab air banyak sangat,” tulisnya.

Kemudian, menerusi komen-komen lain yang ditinggalkan oleh pengguna TikTok rata-rata meluahkan rasa jijik terhadap aktiviti memasak dalam tandas yang dilakukan oleh lelaki-lelaki berkenaan.

“Guna baldi ok lagi but if guna singki lagu ni memang tekak kembang jadinya,” tulis seorang netizen.

“Maggi cup ada abang kenapa dalam sinki juga,” soal seorang wargamaya.

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok menyifatkan proses memasak dalam singki tidak bersih kerana ia selalu digunakan oleh ramai orang untuk mencuci najis bayi.

“Weeh orang basuk berak budak dalam tu, kumur-kumur berus gigi ada darah, basuh tangan lepas berak. Kuman is everywhere,” tulisnya sambil meletakkan emoji menangis.

Seorang pengguna Twitter juga melabel perbuatan mereka itu sebagai menyusahkan pekerja hotel yang ingin membersihkan sinki berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“You know what, dek kerana orang beginilah yang menyusahkan housekeeping nak bersihkan bilik. Kita hidup ni jangan menyusahkan orang boleh tak?,” tulisnya.

Viral di Twitter, video berkenaan menerima lebih tiga ribu ulang ciap.
#Viral #Hotel #Mi Segera