“Orang Berjaya Memang Low Profile” - Rendah Diri Ketika Temu Bual Bersama Datuk Rosyam Nor, Agropreneur Muda Terima Pujian Netizen

Gempak
Disember 12, 2023 11:55 MYT

Baru-baru ini, pelakon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor menemu bual seorang agropreneur, Mohd Amin Zakariyah dalam segmen 'Bual Bicara Bersama Tokoh' bertanyakan tentang tanaman yang diusahakan oleh usahawan itu.

PILIHAN PEMBACA: “Perempuan Ada Duit, Dia Berlagak” - Rosyam Nor

Dalam bual bicara itu, Amin berkongsi tentang tanaman-tanaman yang dimilikinya serta keuntungan yang diperolehi daripada perusahaan yang dilakukan.

Menurut Amin, dia mempunyai tanaman buah-buahan seperti manggis dengan keluasan 60 hektar yang boleh mengaut keuntungan lebih daripada RM800,000 setahun.

Halus sungguh permainan dia ?Orang berjaya memang sangat low profile untuk mengaku dia seorang yang kaya berjaya. Terbaik! ??? pic.twitter.com/J0ZiuTQ0ik

— ?? (@localrkyt) December 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah sikap Amin yang sangat merendah diri walaupun mempunyai perusahaan tanaman buah-buahan yang berskala besar.
Setakat artikel ini ditulis, entri yang dikongsikan semula di Platform X itu meraih lebih daripada 100,000 tontonan dan 1,000 tanda suka oleh wargamaya.
Sumber: Platform X
#Viral #Datuk Rosyam Nor #Agropreneur