Rapper Caprice meminta penjelasan daripada Pencetus Ummah (PU) Rahmat mengenai satu karikatur berbentuk sindiran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menurut Caprice, dia menerima banyak mesej peribadi yang cuba mengaitkan karikatur lelaki memakai topi dan hoodie itu sebagai dirinya.

"Salam @pu_rahmat_official adakah anda rasa ia satu lawak dengan berkongsi gambar sebegini? Ramai orang tag dan DM Caprice gambar ni.

"Mamat yang pakai hoodie dan topi tu Caprice ke? Nak tanya, sejak bila orang tanya Caprice soalan tentang agama? Tolong screenshot dan bukti siapa yang pernah tanya Caprice soalan tentang agama," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Menurut Caprice, selama ini, dia hanya membangunkan aplikasi yang mendekatkan lagi hubungan antara masyarakat dengan golongan ilmuwan agama.

"Orang bodoh sahaja akan cari Caprice dan tanya soalan-soalan tentang agama. Maaf saya tak cukup ilmu. Tapi hang tau tak siapa yang bangunkan aplikasi untuk beri orang lagi senang cari ustaz?

"Siapa bina mengaji.com untuk orang belajar mengaji dan ikut ustaz? Siapa bina IslamPro untuk kita tempah dan cari ustaz untuk belajar mengaji, ceramah, berubat secara Islam, atau kaunseling secara Islam?Mamat yang pakai hoodie tu," jelasnya.

Terdahulu, PU Rahmat memuat naik satu karikatur yang menggambarkan situasi yang lazim terjadi dalam masyarakat hari ini yang lebih cenderung mendekati golongan yang berpengaruh di media sosial untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hal agama.

Karikatur tersebut menunjukkan seorang individu mengenepikan golongan ustaz, mufti dan ulama dan memilih seseorang yang hanya bergelar influencer media sosial.

Influencer tersebut dilakar dengan imej lelaki mengenakan topi dan memakai baju hoodie sehingga ramai yang menganggap ia merujuk kepada Caprice.

Salam @pu_rahmat_official u think that sharing this photo is funny? Ramai orang tag / dm caprice gambar ni. Mamat yang pakai hoodie + topi tu caprice ke? Nak tanya, sejak bila orang tanya caprice soalan tentang agama? Tolong screenshot and bukti sape yang pernah tanya caprice soalan tentang agama? . . Orang bodoh je akan cari caprice dan tanya soalan2 tentang agama. Maaf ceq tak cukup ilmu. Tapi hang tau tak sapa bina apps untuk kasi orang lagi senang cari ustaz? . . Sape bina mengaji.com untuk orang belajar mengaji dan ikut ustaz2? . . Sape bina IslamPro untuk kita book + cari ustaz untuk belajar mengaji, ceramah, berubat secara islam, atau kaunseling islamic? . . Mamat yang pakai hoodie tu. . . Kita dah lama bina dan berjuang untuk anak muda kita cari ilmu + ustaz. #rapatkansaf2040 . . . Xpe, kalau caprice kurang ilmu agama caprice sendiri akan cari guru2 yang lagi pakar (swipe left) . . Hang dari dulu butthurt dgn caprice sebab ceq tak pernah cari hang kot? . . Kalau butt hurt sangat ceq nak pesan sapu minyak cap kapak dekat buntut sambil zikir InsyaAllah hang tido dgn tenang. . . P.S- kalau ade masa PU, boleh tak bagi tahu kepada public sape INFLUENCER Instagram tersebut secara jelas? Sebab ceq nak jemput dia untuk rapatkansaf balik dgn ustaz dan mufti.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Sebelum ini, sesi live di Instagram antara Caprice dan penyanyi Fynn Jamal berhubung isu aurat, seksual dan jenayah rogol mencuri tumpuan netizen.

BACA: “Apa Kaitan Selfie & Filter Dengan Rogol” - Cuba Beri Penjelasan, Tapi Fynn Jamal Masih Buat Caprice Keliru? Akhirnya...

Saksikan program yang menampilkan Caprice di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!