Penyanyi Noh Salleh akui gembira apabila mendapat tahu lagu dan karyanya dapat memberi semangat serta memulihkan hati ramai yang mendengarnya.

Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan itu memberitahu ia satu pencapaian buat dirinya apabila ada yang turut telah inpirasi dengan karyanya sebagai pemuzik.

"Sebagai seorang pemuzik yang tak tahu benda, yang syok syok sendiri, pencapaian yang paling best buat aku adalah bila dapat tahu karya-karya aku dapat memberi semangat buat yang sedang menghadapi masa masa sukar, apatah lagi memulihkan hati hati yang luka, menjadi peneman bagi mereka yang merasakan kesepian.

"Ada juga yang terinspirasi sampai membuahkan kerja kerja seni yang personal dekat dengan hati pengkarya tersebut. Itu dah cukup buat aku," katanya.

Noh berkongsi luahan rasanya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini yang sama dia telah memuat naik fotonya ketika melakukan persembahan di Johor.

Menurut Noh dia bukan sahaja penyanyi yang menurut perintah syarikat label sahaja malah turut menulis karya yang dekat di hati.

"Kami bukan penyanyi atau artis rakaman yang sekadar ikut kata label masuk studio nyanyi lagu orang. Kami tulis penulisan karya karya sendiri yang betul dekat dihati. Persembahkan lagu live sampai masuk ke hati.

"Orang boleh cakap apa mereka nak pasal aku, tapi dieorang takleh lawan connection + chemistry antara aku dengan raingers (fan club) melalui lagu lagu yang kami tulis," kongsinya lagi.

Noh turut berterima kasih kepada kelab peminat Hujan yang selama ini menyokongnya.

"Buat suara suara yang reach out ke aku menyatakan rasa hati, aku ucapakan setinggi terima kasih. Ini yang membuatkan aku terus berkarya dan terus hidup.

"Movement Raingers adalah separuh dalam hidup aku dan keluarga Hujan. Terima kasih. Terima kasih Johor," ujarnya.

Noh bakal muncul dalam Konsert Patah Hati anjuran ANS Diversified Sdn Bhd yang turut menampilkan barisan penyanyi lain seperti Ernie Zakri, Naim Danielm Aisha Retno, Insomniacks dan Nasita.

Konsert Patah Hati bakal berlangsung selama tiga jam di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Mac 2023.

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh)