Hiburan

"Orang Cakap Anak Lelaki Ni Kan Memang Lebih..." - Saharul Ridzwan Cemburu Dengan...

gempak
Zulaikha Yusof
10/07/2019
03:03 MYT
Sponsor Banner
"Orang Cakap Anak Lelaki Ni Kan Memang Lebih..." - Saharul Ridzwan Cemburu Dengan...
Pelakon Saharul Ridzwan akui berasa cemburu melihat keakraban hubungan anak lelakinya, Muhammad Luth Ali dengan isteri, Qaabila Deena Emir.
Oleh sebab itu, Saharul teringin untuk menimang cahaya mata perempuan dalam secepat mungkin.
"Kadang-kadang timbul perasaan cemburu apabila melihat hubungan rapat Ali dengan ibunya.
"Sampaikan ada ketika saya balik dari kerja pun, Ali buat tak tahu. Saya dapat belai dan cium dia waktu tidur sahaja.
"Orang cakap anak lelaki ni kan memang lebih rapat dengan ibu, jadi saya tak sabar nak timang anak perempuan sebab anak perempuan orang kata lebih rapat dengan bapa mereka," katanya kepada Gempak.
Saharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016. Pasangan ini menimang cahaya mata pertama pada 6 Jun 2017.
Mulai bulan Ogos, Saharul akan mula menjalani penggambaran filem Coast Guard yang akan dijalankan di sekitar Langkawi, Perlis dan Kuantan.
Selain Saharul, filem yang diarahkan oleh pengarah tersohor tempatan, Hashim Rejab turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Emma Maembong, Julia Farhana, Sabri Yunus, Aziz M Osman, Hazama, Black dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024