Laman Utama
“Orang Curang Akan Sentiasa Curang, Penipu Akan Sentiasa Menipu!” - Status Zizi Kirana Mengundang Tanda Tanya
Status penyanyi Zizi Kirana yang dimuat naik di Twitter miliknya mengundang pelbagai pertanyaan dan reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian itu, Zizi yang juga isteri kepada aktor Yusuf Bahrin berkata individu yang curang dan penipu tidak akan berubah malah tetap akan melakukan perkara yang sama.
“Orang curang akan sentiasa curang, penipu akan sentiasa menipu dan kemudian mereka akan berfikir kenapa kehidupan mereka teruk?” tulis Zizi.
Rata-rata netizen tertanya-tanya status yang dikongsikan itu berkaitan dengan kehidupan peribadi Zizi atau sekadar perkongsian secara umum.
Enggan membiarkan salah faham berterusan, penyanyi lagu Pijak ini memohon maaf dan menjelaskan perkongsian itu tidak berkaitan dengan peribadinya.
Sebaliknya, Zizi memberitahu ia sekadar meluahkan emosi menonton drama siri Mendua dan Kes Brigadir J yang mengisahkan tentang penipu, kecurangan serta balas dendam.
“Maaf gais! Supaya tak salah faham,sebenarnya Tweet sebelum ni hanya pelampiasan emosi cerita Mendua dan Kes Brigadir J.
“Dalam tu semua ada tentang penipu, kecurangan, putar belit, dendam, acah-acah mangsa… ah stres la. Ok bai!” jelas Zizi berserta emoji ketawa.
Untuk info, Zizi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Yusuf Bahrin itu pada 18 September 2021.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video