Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Orang Ganu Memang Makan Laksa Dengan Tangan” - Siti Sarah Kongsi Resipi Laksa Lemak Moyang, Ramai Terliur!

Azwa Rahman
08/06/2021 02:04 MYT
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin mencuri perhatian ramai apabila mempamerkan kemahirannya memasak laksa lemak yang popular di negeri Terengganu.

Lebih istimewanya lagi, Sarah turut menikmati hidangan tersebut menggunakan tangan, mengikut tradisi orang di negeri pantai timur itu.

Menerusi laman sosial Instagram, Sarah berkongsi resipi laksa lemak yang diperolehi daripada moyang belah ibunya yang berasal daripada Terengganu.

“Laksa Ganu resipi moyang. Okay ini yang korang tunggu-tunggu tu. Banyak DM tanya mana laksa. Boleh la buat makan-makan petang. Siapa pernah makan laksa macam ni?” tulis Sarah sebagai kapsyen video.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)


Menerusi perkongsian video berdurasi kurang lima minit itu, Sarah menunjukkan cara-cara memasak kuah lemak putih yang dinikmati bersama laksa beras.

Malah, Sarah yang turut bertutur dialek Terengganu sepanjang video tersebut cukup membuatkan pengikutnya terkejut.

Di ruangan komen juga, ramai yang memuji keenakan laksa lemak Terengganu yang disediakan dengan mudah di samping cara Sarah menikmatinya menggunakan tangan.

“Orang Ganu memang gaya makan pakai tangan tau. Saya orang Perak kahwin orang Ganu semua pandai dah. Laksa lemak Ganu, sedap weh,” komen seorang wargamaya.

“Ni la dinamakan air tangan. Tengok pun tahu sedap laksanya,” puji seorang wargamaya.

“Oo orang Ganu rupanya, Ganu kite!” kata seorang wargamaya.

“Sedapnya dengar Sarah cakap Ganu. Laksa Terengganu memang kena makan dengan tangan baru molek, pastu hirup kuah kat pinggan tu,” tulis seorang wargamaya.

“Wah tak percaya kak Sarah pantai cakap Terengganu rupanya asal daripada Kijal boh. Taubat sedap laksa tu tak boleh jadi ni kena buat jugak. Terima kasih nagi idea dan kongsi resipi,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 200,000 tontonan daripada pengikutnya.
#Siti Sarah #Negeri Terengganu #Laksa lemak
;