,
Laman Utama

“Orang Hebat Minta Maaf & Akui Silap” - Ramai Netizen Puji Caprice, Tapi Ada Tanya Jadi Ke 21 Julai Ni?

Hanafis Haris
19/07/2021
06:40 MYT

Tindakan penyanyi rap, Caprice yang tampil memohon maaf ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan netizen.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, reaksi netizen agak bercampur baur.

Ada yang syukur kemelut ini telah berakhir, malah tidak kurang juga ramai yang berbangga dengan Caprice kerana berani memohon maaf secara terbuka.

Pun begitu, masih ada yang tertanya adakah pendedahan pada 21 Julai ini akan berlangsung seperti biasa atau tidak.

Adakah dengan permohonan maaf itu, semua yang dirancang akan dibatalkan?

Semua itu menjadi tanda tanya netizen ketika ini.

“Don't worry Cap, ramai nak kamu dan Ustaz Ebit Lew bersatu, take care yourself”

“Bukan mudah nak minta maaf secara terbuka, salute la Cap”

“Orang yang hebat adalah yang minta maaf dan akui silap”

“So 21 ni jadi tak live, kami masih menunggu, semoga dipermudahkan,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, Caprice menerusi hantaran terbaru di laman sosial Instagram (IG)nya telah membuat permohonan maaf kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan pendakwah bebas Ebit Lew.

Menerusi hantaran tersebut Caprice mengakui terlalu beremosi dan semua yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan dirinya.

BACA: Mengaku Bertindak Ikut Emosi, Caprice Mohon Maaf Kepada TMJ, Hishamuddin, Ebit Lew & Malaysia

Nama Caprice menjadi kontroversi beberapa hari lalu selepas memuat naik beberapa hantaran di IG, meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Isu menjadi semakin panas apabila nama Ebit Lew turut disebut dan warganet mengecam tindakan tersebut sehingga mendakwa Caprice berdengki dengan penceramah bebas tersebut.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Kerek, Hilang Rasa Hormat”- Netizen Menyampah Lihat Sikap Kakak Fasi Perangai Acah Senior

gempak
06/10/2024
09:25 MYT
Tular di media sosial X apabila seorang individu meluahkan rasa kurang puas hati terhadap fasilitator wanita ketika minggu orientasi sebuah universiti tempatan.
Hollywood

Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

gempak
06/10/2024
05:54 MYT
Penampilan terkini penyanyi Lily Allen mendapat perhatian dalam kalangan peminat yang bimbang mengenai kesihatannya.
Terkini

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

gempak
06/10/2024
05:25 MYT
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Gaya Hidup

4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

gempak
05/10/2024
14:55 MYT
Dr. Martens terus mencipta sejarah melalui edisi terbaharu Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
BorakSeeni