Jenama radio SINAR, menjemput peminat-peminat di sekitar bandar Ipoh untuk menyaksikan pertembungan lapan kumpulan busker dalam peringkat akhir BUSKER SINAR yang berlangsung esok, 24 Ogos 2019 (Sabtu) di Medan Selera Jalan Tok Tahwil Azar, Gerbang Malam, Ipoh, Perak.

BUSKER SINAR bermula pada 9 Ogos lalu dan bakal menyaksikan pertembungan antara kumpulan-kumpulan buskers terpilih untuk mengejar gelaran busker tersohor di Malaysia.

Di peringkat akhir ini, lapan kumpulan akan berentap dan tiga persembahan terbaik akan memenangi sebahagian wang tunai berjumlah RM5,000.

Kumpulan yang berjaya akan membawa pulang: RM2,500 (tempat pertama), RM1,500 (tempat kedua) dan RM1,000 (tempat ketiga).

Selain daripada kebolehan menyanyi, peserta juga dinilai melalui persembahan, keberanian di khalayak ramai, keyakinan ketika persembahan dan semangat kesemua ahli kumpulan.

Peminat juga berkesempatan berjumpa dengan personaliti-personaliti SINAR yang akan hadir memeriahkan malam Busker SINAR di Ipoh esok termasuklah Jep, Angah, Rahim (Pagi di SINAR), Kak Bed (Sembang SINAR), Hefny dan Elizad (Duo SINAR) dan PINK Azwan (Hujung Minggu SINAR).

Kemeriahan Busker SINAR akan turut dirasai dengan kehadiran dan persembahan daripada Nabila Razali selaku artis jemputan!

Semua peminat dijemput untuk memeriahkan kemuncak Busker SINAR dengan menyaksikan persembahan-persemban menarik dan bertenaga.