Laman Utama
“Orang Kampung Lap Mulut Guna Baju” - Ibu Dikecam Ajar Anak Benda Negatif
Seorang wanita menerima kritikan dalam kalangan netizen selepas memuat naik perbualan dengan anaknya yang berbaur negatif.
Menerusi tangkap layar yang ditularkan di platform X, wanita itu bercerita yang anak perempuannya bertanya kenapa tiada sambungan internet ketika berada di kampung.
Wanita itu menjawab mereka kini berada di kampung dan disebabkan hal itu, tiada sambungan komunikasi di kawasan berkenaan.
Anaknya kembali bertanya, apakah itu kampung? Wanita itu menjawab, kampung di mana penduduknya tidak menggunakan tisu untuk lap mulut, sebaliknya mereka gunakan baju yang mereka pakai.
Perkongsian itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna platform berkenaan.
Salah seorang daripadanya adalah pempengaruh popular, Ceddy.