Orang Kata Datuk Seri Vida Berdiam Diri... Diam Ke?

Rozaimi Zubaidi
September 26, 2018 02:20 MYT
Usahawan kosmetik yang turut bergelar penyanyi, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) tampil berkongsi perkembangan terkini selepas lama dikatakan berdiam diri.
Menerusi entri di Instagram (IG), DSV mengakui dia masih sibuk melakukan pelbagai kerja walaupun dirinya kini kurang mendapat perhatian daripada orang ramai.
"Org kata saya berdiam diri. Diam ker?
"Tak sayang, saya bukan jenis duduk diam. Workaholic. Berkarya sampai pagi.
"Masih banyak lagi perjuangan saya. Sayang-sayang doakan saya yang baik-baik ye," tulisnya.
DSV memuat naik sekeping foto dirinya sedang berada dalam studio rakaman. Rata-rata netizen meneka DSV sedang melakukan rakaman lagu baru yang bakal dijadikan single olehnya.
#Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida #Usahawan