Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh akui dia tiada niat membuat memek muka ketika menonton Konsert Gegar Vaganza 2019 (GV2019) sebelum ini.

Sebaliknya, Marsha mendedahkan dia mempunyai masalah rabun mata dan ketika itu penglihatannya tidak jelas.

Justeru, ketika menonton Konsert Dansa Dan Sing secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi dia memakai cermin mata supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.

“Hari itu di Gegar Veganza orang kata saya perli performance sebab kerut dahi, tapi hakikatnya saya tak nampak!

“Jadi hari ini sebelum kena carut lagi, saya bawa cermin mata ya!

“Dah macam image cikgu- cikgu sudah ni sumandak.

“Anyway, all the best kengkawanku di Dansa Dan Sing,” tulisnya.

Marsha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Marsha memuat naik fotonya yang memakai cermin mata di tempat duduk penonton dalam Konsert Dansa Dan Sing.

Dansa Dan Sing telah menyaksikan persaingan sengit antara sepuluh peserta iaitu Arja, Atilia Haron & Yasmin Hani, Chubb-E, Nik Qistina, Raja Syahiran, Shiha Zikir, Sophia Liana, Wani Kayrie, WARIS dan Harris Baba.

Konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

Aritu kat Gegar Veganza orang kata i perli performance sebab kerut dahi... tapi hakikatnya i tak nampak! ? so arini sebelum kena carut lagi...i bawa spek mata ya! Da mcm image cikgu cikgu sudah ni sumandak ? Nway, All the best kengkawanku di Dansa Dan Sing ?? hi abang spec mata... kita twinning malam ni kan? ? . #dansadansing #dansadansing2020 #dds2020

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on