Laman Utama
“Orang Kata Perampas! Konon Aku Punca Putus, Dia Tu Dah Macam Adik” – Instafamous Perjelas Hubungan Dengan Pelakon YouTube
Personaliti media sosial, Ervan Rizuan menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungannya dengan seorang gadis, Nik Farin yang menjadi tular baru-baru ini.
Instafamous yang mesra disapa Ervan mendakwa timbul salah faham mengenai hubungannya bersama Farin yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.
Ervan menjelaskan perkara tersebut menerusi coretan di posting terbaharu akaun Instagramnya.
Menurut Ervan, hubungan cinta antara dia dan Farin hanyalah lakonan dan gimik semata-mata untuk muzik video berjudul Cinta Terakhir nyanyian Aiman Sidek.
“Macam inilah, semua ini kan lakonan semata-mata untuk MV Cinta Terakhir yang tengah trending di YouTube sekarang.
“Sebab itulah tengah hangat dan kecoh sekarang. Adui tajuk lelaki lembut pula yang jadi sebutan, hmm tak apalah.
“Nik ni pula popular dah sebenarnya sebab dia adalah pelakon YouTube dan ramailah budak-budak yang kenal, dia pun sudah ada kekasih.
“Selepas itu kecoh jadinya bila drama bermula sebulan lepas orang dok kata aku perampas, sebab akulah dia putus cinta.
“Aku pula tak percaya drama yang aku rancang untuk MV ni jadi viral sampai macam ini lepas itu trending di YouTube juga. Tak apalah, nasib kekasih dia sporting bagi kekasih dia yang aku anggap macam adik ni.
“Yang jadi bualan sebab macam aku ni kan ala-ala separuh-separuh lembut, keras kan hahah jadi netizen tak boleh terima adik couple dengan aku dan tinggalkan kekasih dia tu sebab rela pilih yang lembut-lembut lagi.
“Kesimpulannya, aku minta maaflah yang mana percaya tertipu selama sebulan lebih tu ingat aku bercinta betul dengan adik ni.
“Kami dah macam adik-beradik, doakan dia cepat-cepat kahwin dengan kekasih dia. Harap tamatlah kisah ini sebab drama menipu ini berjaya buat MV Cinta Terakhir trending. Minta maaf semua ya,” jelasnya.
Terdahulu, Ervan menjadi viral selepas timbul isu ‘lelaki lembut’ dikaitkan dengan dirinya.
Must-Watch Video