Viral
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
Kali ini pengasas jenama Pretty Little Thing’s, Umar Kamani dilaporkan menghabiskan sehingga RM102 juta untuk meraikan perkahwinannya dengan kekasih, Nada Kamani.
Umar, 36, berkahwin dengan Nada, 31, di sebuah hotel mewah di Perancis selepas bertunang pada Ogos 2021.
Majlis perkahwinan yang terlalu mewah itu juga menyaksikan dua pesohor dunia seni iaitu penyanyi Mariah Carey dan Andrea Bocelli dijemput membuat persembahan, lapor DailyMail.uk.
Berlangsung selama empat hari, pasangan tersebut turut menjemput figura terkenal dunia dan selebriti seperti supermodel Naomi Campbell, aktor Tessa Thompson, pelawak Russell Peters dan penyanyi Christina Milian serta bekas pemain bola terkenal, Rio Ferdinand.
Mereka menghias lokasi majlis dengan serba mewah dan romantik. Tempat lamaran juga dipenuhi 10,000 kuntum mawar putih, lilin serta 25 pemuzik yang memainkan lagu Beauty and the Beast sebaik Nada berjalan masuk untuk upacara perkahwinan.
Menerusi temu bual bersama majalah Vogue Arab, pasangan pengantin itu mendedahkan majlis perkahwinan yang berlangsung adalah seperti mimpi menjadi kenyataan.
“Ini adalah impian semua gadis untuk melalui momen magis yang begitu indah bersama lelaki idaman saya. Majlis perkahwinan ini seperti sebuah cerita dongeng,” ujar Nada yang juga merupakan seorang model.
Umar pula tidak berhenti memuji isterinya sebagai wanita paling cantik yang pernah dilihat pada majlis perkahwinan mereka.
BERITA TRENDING: Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Must-Watch Video