Pelakon yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah, Dalimawati bakal muncul dalam pementasan teater Hantu Kak Limah yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Menurut Dalimawati, ini adalah kali pertama dia terlibat sebagai seorang pelakon teater.

"Saya tidak mempunyai pengalaman berlakon teater sebelum ini, memandangkan ini kali pertama, saya berasa teruja untuk melakukannya.

"Kadang-kadang saya terfikir mampukah saya berlakon teater dengan baik, tapi kalau orang lain boleh buat kenapa saya tidak?" katanya berseloroh kepada Gempak.

Teater tersebut akan diadakan di Filem Animasi Park Studios (MAPS), Perak pada 24 hingga 31 Disember ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari www.mapsperak.com atau laman Facebook www.facebook.com/mapsperak.