Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Orang Macam Ni Pergi Mamp**…”- Michael Ang Berang Dengan Sikap…

Syafiqah Jalal 07/04/2021 | 05:14 MYT
Pengarah kontroversi, Michael Ang meluahkan rasa berang dan tidak puas hatinya kepada pekerja yang tidak melakukan tugas dengan baik serta bersikap biadap terhadap majikannya.
Menurut Michael sepatutnya seseorang yang mempunyai pekerjaan di kala pandemik ini bersyukur dengan rezeki yang ada serta cuba memperbaiki diri.
“Salam semua. Posting meroyan! Tapi ni memang perangai pekerja sekarang!
“Sila cermin and baiki lah diri tu ya. Dalam dunia ni tak ada orang berhutang untuk bagi rezeki kat awak!
“Your rezeki is perbuatan anda sendiri! Sila pergi tengok cermin eh! Siapa makan chili siapa lah pedas!
“Tapi kalau perangai dah macam ni cakap apa pun tak guna sebab otak tu memang tak boleh pakai and kulit muka tu dah setebal semen!
“Ni dah bagi kerja, perangai macam sial dan mulut lagi sial dari mulut pondan. Orang macam ni pergi mampos lagi baik dari jadi manusia,” katanya.
Michael meluahkan rasa geramnya itu di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Michael tidak menjelaskan kenyataan itu ditujukan kepada individu tertentu dan hanya tujukan kepada pekerja yang bersikap demikian.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang mula tertanya-tanya siapakan individu yang dimaksudkan.
Dalam masa yang sama ramai yang menyokong pendapatnya serta mengalami situasi yang sama.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

#Michael Ang #Sikap #Marah #Pekerja #Berang
;