Laman Utama

“Orang Malaysia Travel Sedikit Atau Duduk Oversea Setahun Jagung Tetapi Berlagak Nak M*mpus” - Chef Wan ‘Kuis’ Segelintir Warga Tempatan Yang Berlagak Tunjuk Kemewahan

gempak
Izwan Isa
30/12/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Orang Malaysia Travel Sedikit Atau Duduk Oversea Setahun Jagung Tetapi Berlagak Nak M*mpus” - Chef Wan ‘Kuis’ Segelintir Warga Tempatan Yang Berlagak Tunjuk Kemewahan
Cef selebriti popular Malaysia, Chef Wan kini sedang menghabiskan masa dengan menikmati percutian hujung tahun di Hawaii, Amerika Syarikat.
Pelbagai perkongsian dimuat naik oleh Chef Wan di Instagram buat tatapan para pengikutnya. Salah satu hal menarik yang dikongsikan termasuklah peluang menjadi tetamu figura berpengaruh, Kiana Gentry di Judd Hill, Honolulu, Hawaii.
Menurut Chef Wan, dia pernah bertugas sebagai cef peribadi Kiana dan mendiang suaminya, pemaju hartanah popular, Thomas Gentry selain menggalas tanggungjawab sebagai ketua tukang masak di restoran milik mereka, iaitu Angelica.
Dalam beberapa siri perkongsian lain, Chef Wan turut menulis tentang pengalamannya bekerja dengan dua individu ternama itu.
“Kembali ke kenangan lampau ketika saya bergelar cef peribadi Encik dan Puan Gentry, selain menggalas jawatan sebagai Ketua Cef di restoran mereka, Angelica pada masa sama. Tom Gentry suka bos laju.
“Selain mempunya lebih 3,000 hartanah di Hawaii dan California, dia juga membina enjin jet, turbin dan bot. Dia juga merupakan pemaju rumah, pusat beli-belah dan bangunan pejabat ternama di Hawaii dan California.
“Tom juga pernah memecahkan rekod dunia yang dipegang pada waktu itu oleh Sir Richard Brandson dengan menyeberangi Selat Inggeris,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan turut menegur segelintir rakyat Malaysia yang sering menunjuk kemewahan kepada orang ramai.
“Saya memulakan kehidupan penuh glamor dengan Gentry sekitar 30 tahun lalu. Itu sebab bila orang Malaysia travel sedikit atau duduk oversea setahun jagung ini, tetapi berlagak nak mampus. Selalu reaksi saya adalah: ‘Excuse me, tolonglah, don’t’.
“Macam juga baru nak rasa kaya nak show off lempar-lempar duit ini. Bawa sini aku sepakkan sikit kasi dia wake up sedikit,” selarnya.
Dalam pada itu, Chef Wan turut berkongsi bagaimana dia terinspirasi dengan kerja-kerja hiasan dalaman oleh Kiana dan tragedi kemalangan bot yang dialami oleh Tom sehingga mendiang meninggal dunia pada 1998.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live