"Orang Nak Kau, Tapi Taknak Aku" - Ada Masalah Dengan Shahrol? Ini Penjelasan Ajak...

Rozaimi Zubaidi
September 26, 2018 01:43 MYT
Penyampai radio dan pelawak Ajak menafikan bahawa dirinya sedang mempunyai masalah dengan seorang rakannya iaitu Shahrol Shiro.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ajak mengakui jarang mendapat tawaran bersama dengan Shahrol sehingga menerima pelbagai andaian daripada orang ramai mengenai kumpulan Shiro.
"Tak adalah lama mana kami kenal. Tapi lamalah juga. Cuma yang aku tak faham kita ni jarang benar dapat Job sama.
"Orang nak kau tapi taknak aku, macam tu jugaklah sebaliknya. Sampai keluarlah cerita aku dengan kau bergaduh. Sampai harini aku tertanya, ada ke? Gaduh-gaduh manja tu biasalahh.
"Nama pun pasangan, tapi tak apa toq. Aku anggap itulah uniknya Shiro. Almaklumlah lawak kita pun banyak nasihat. Kalau berdua kita datang takut jadi program motivasi pulak," tulisnya.
Rata-rata peminat mengakui rindu untuk melihat kumpulan Shiro bersama atas satu pentas membuat persembahan.
#Pelawak #Shiro #Ajak #Shahrol