Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Orang Nampak Jijiknya Profesion Perguruan!" - Filem Cikgu Suraya David Teo Cetus Kecaman Netizen

Amri Hassan
28/01/2020 05:43 MYT
Walaupun hanya sekadar memberikan bayangan awal filem kontroversi Cikgu Suraya bakal diterbitkan oleh produser terkenal David Teo, netizen sudah mula menunjukkan tanda protes terhadap idea terbabit.

Hal itu dicetuskan menerusi kemas kini akaun Instagram David yang memuat naik foto seorang pelakon wanita baharu, Chumiee Omey berbaju kebaya hijau ketat sambil menjinjit tas dangan.

"Selamat pagi Cikgu Suraya. Ajar budak baik-baik ya," tulis David pada kapsyen foto berkenaan.

Selamat Pagi Cikgu Suraya #comingsoon @chumieeomey ajar budak baik baik ya

A post shared by David Teo (@davidteo99) on


Bagaimanapun, perkongsian David itu tidak disenangi oleh kebanyakan pihak yang menyifatkan ia seolah-olah menjatuhkan profesion perguruan.

"Tak ada cikgu boleh berpakaian begini. Tak tak minta disanjung cuma mohon jangan jatuhkan profesion perguruan.

"Buat sedikit homework, bagaimana guru Malaysia berpakaian. Bukan main ikut sedap rasa!

"Cukup-cukupla jual drama dan filem dengan memanipulasi wanita. Tak perlu seksi. Sedih saya tengok Cikgu Suraya ni," tulis salah seorang pengguna di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malah, ada segelintir yang membandingkan kualiti filem perguruan luar negara misalnya Ratchaasi yang mendapat sambutan seluruh dunia tanpa merendah-rendahkan profesion perguruan.



Ada juga yang mahukan produser tempatan memandang kehebatan negara-negara jiran menghasilkan filem berkualiti misalnya Bad Genius (Thailand) hingga dipuji ramai.

Sekitar tahun 1990-an cerpen lucah berjudul Cikgu Suraya pernah menjadi bualan ramai dan mencetuskan kontroversi apabila ia disifatkan menjatuhkan institusi perguruan tempatan.
#Kontroversi #David Teo #Cikgu Suraya
;