Sejak beberapa hari lalu, tular tentang video muzik lagu terbaru Baby Shima bersama Fairuz Misran berjudul Bak Zaman.

Ia adalah ekoran ramai netizen mendakwa ternampak penampakkan atau bayangan misteri dalam video muzik tersebut.

Menurut Shima, dia sendiri mengetahui tentang perkara itu setelah menerima ribuan komen bercakap tentang perkara sama.

Namun, ada juga segelintir netizen yang seakan tidak berpuas hati dan memarahi bintang Big Stage musim pertama itu.

"Korang ni pun marah saya, bukan saya yang cakap ada hantu dekat lagu Bak Zaman itu.

"Orang lain yang beritahu dekat komen, bukan sorang dua tapi beribu komen cakap ada benda tu.

"Saya pula kena marah sebab komen-komen korang tu," kongsinya di Instagram.

Dalam entri sama, Shima turut berkongsi himpunan foto paparan skrin komen netizen yang dimaksudkan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza.

Malah, ada juga yang mengatakan tidak langsung melihat sebarang perkara misteri dan menyifatkan hal itu sebagai satu strategi pemasaran sahaja.

"Aku tak nampak langsung," tulis seorang pengguna Instagram.

"Marketing...view naik dekat YouTube, duit asyuk, kali ni taktik real dari yang MV sebelum ni dekat kelab tu," tulis netizen yang lain.

"Orang-orang kau juga yang komen tu kan?" soal yang lain.





Setakat artikel ini ditulis, jumlah tontonan video muzik Bak Zaman telah mencecah lebih 250,000 selepas dilancarkan tiga hari di YouTube.

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)