Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Orang Perempuan Zaman Sekarang Suka Berebut Hak Orang”- Rozita Che Wan

Syafiqah Jalal 02/10/2019 | 04:09 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berpendapat wanita zaman sekarang lebih mudah terpikat kepada suami orang.
Justeru, Che Ta memberitahu bimbang untuk memuat naik foto suaminya di laman sosial kerana bimbang diganggu wanita lain.
Bagaimanapun, Che Ta yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya menyampaikan pendapat terbabit dengan cara berseloroh.
“Makin elok (segak) pula laki (suami) kami ni, eh.. tak mahu upload dahlah gambar.. takut ada yang bekenan.
“Orang perempuan zaman la (sekarang), depa (mereka) suka bekenan orang punya .. atau dalam erti kata lain , beqebut (berebut) hat (hak) orang,” tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sekeping foto dia dan Zain ketika meraikan hari jadi pereka fesyen Man Kajang.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberikan pelbagai reaksi mengenainya.
Bagaimanapun, ada sesetengah peminat bersetuju dengan pendapat Che Ta dan berkongsi pengalaman yang sama.
Che Ta mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Zain pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak Aaisyah Dhia Rana, 5 tahun.
Terdahulu, Che Ta pernah berkahwin dengan seorang juruterbang dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 23, dan Aniq Ezra, 21.

Makin elok plk laki kami ni, eh .. tk mau upload dh la gambaq.. takut ada yg bekenan ? org pompuan zaman la depa suka bekenan org punya .. atau dlm erti kata lain , beqebut hat org????? . @pakcik_airielazrie @jaydeesm @afeeqiqnarcio @rosixomar . .

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

#Che Ta #Rozita Che Wan #Suami #Rampas
;