Pendakwah terkenal, Ebit Lew berkongsi pengalamannya yang terpaksa meniti jambatan gantung ketika ingin menyampaikan bantuan di Kampung Rangalau, Kota Belud, Sabah.

Menurut Ebit, ia merupakan satu cabaran buatnya memandangkan dirinya mempunyai rasa gayat pada ketinggian.

Namun, katanya, dia gagahkan diri juga untuk meniti jambatan tersebut apabila mengenangkan nasib insan yang perlu dibantunya di seberang.

"Tadi di Kampung Rangalau, Kota Belud. Saya tak berani naik tinggi macam ni. Dah suku (jalan), patah semula di jambatan gantung.

"Tapi bila kenangkan dan rasa sayang pada seorang makcik berbangsa Bajau, Sabah tinggal dalam khemah sebelah sana, alas tanah, terus jadi berani.

"Bergoyang rasa. Jambatan tu macam berpusing. Pandang ke bawah takut rasa," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Ebit turut berkongsi video yang memaparkan dirinya meniti jambatan gantung tersebut yang mana dibawahnya sungai yang mengalir deras.

Sayu hati di Sabah. Orang Sabah baik-baik,peramah dan mudah mesra. Cepat rapat walau kali pertama jumpa. Semua senyum ceria jer. Menjejaki orang susah buat hati saya rasa sedih jer sayu. Nak jumpa seseorang kena naik bot. Lalu jambatan gantung. Tadi di kg rangalau Kota Belud. Saya tak berani naik tinggi macam ni. Dah suku patah semula di Jambatan gantung. Tapi bila kenangkan dan rasa sayang pada seorang makcik berbangsa Bajau Sabah tinggal dalam khemah sebelah sana. Alas tanah. Terus jadi berani. Bergoyang rasa. Jambatan tu macam berpusing. Pandang ke bawah takut rasa. Kena pandang depan. Tapi tengok anak kecil boleh berlari jer dari hujung ke hujung. Ya Allah tuhanku. Kasih sayang itu buat seorang lelaki berani, kuat bekerja cari ilmu buat isteri dan anak-anak. Isilah hati dengan cinta dan kasih sayang. Itulah kekuatan dalam perjuangan hidup ini. Pohon doakan yer sebak tengok orang Sabah. Semoga Allah mudahkan dan bukakan jalan buat mereka semua-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Begitupun, apa yang lebih menyentuh hati, katanya, masyarakat di Sabah semuanya baik-baik sahaja biarpun mereka tidak pernah bersua sebelum ini.

"Sayu hati di Sabah. Orang Sabah baik-baik, peramah dan mudah mesra. Capat rapat walau kali pertama jumpa. Semua senyum ceria sahaja. Menjejaki orang susah buat hati saya rasa sedih je sayu. Nak jumpa seseorang kena naik bot. Lalu jamnbatan gantung.

"Pohon doakan ya, sebak tengok orang Sabah. Semoga Allah mudahkan dan bukakan jalan buat mereka semua," katanya.

Video perkongsian Ebit itu mencecah hampir sejuta tontonan di Instagram.



Di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Ebit yang cukup cekal dan bersemangat dalam misi menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

"Saya yang tengok ni pun rasa seram dengan air sungai laju tu. Semoga dipermudahkan urusan ustaz dan selamat semuanya.

"Langkah perjalanan ustaz dan team adalah langkah seorang pendakwah dan hidayah untuk umat di bumi ini," tulis sebahagian komen netizen.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!