Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Orang Sarawak Memang Cantik Macam Cikgu Ke?” – Gadis Lun Bawang Ini Tular Kerana Kejelitaannya

Azwa Rahman
06/08/2019 04:53 MYT
Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini bergelar guru praktikum tular kerana kecantikan wajahnya.

Jessica Robert Stephen, 23, menjalani latihan amali di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Tersang, Raub, Pahang.

Memetik laporan Harian Metro, Jessica adalah anak jati Miri, Sarawak dan merupakan salah seorang komuniti etnik Lun Bawang yang merupakan kaum minoriti di negeri itu.

Tinggal di kawasan pedalaman, 'Lun' bermaksud orang, manakala 'Bawang' membawa pengertian ulu sebelum timbul istilah Lun Bawang yang membawa erti Orang Ulu.



“Pengalaman pertama menjalani latihan praktikum di sekolah ini akan menjadi pengalaman berharga. Ketika pertama kali menjejak kaki di Felda Tersang, saya disambut baik oleh guru serta masyarakat sekeliling walaupun pada mulanya, saya memang berasa risau adakah saya dapat diterima oleh masyarakat di sini sebagai seorang guru.

“Syukur juga pelajar dapat menerima kedatangan saya sebagai seorang guru walaupun di sekolah itu, saya seorang saja guru yang bukan Muslim," katanya menerusi Harian Metro.

Mengambil urusan Pengajian Malaysia dengan Pendidikan, anak sulung dari lima beradik itu sudah menerima pelbagai soalan sejak hari pertama dia mengajar Julai lalu.

“Cikgu asal mana? Cikgu ada campuran Cina atau orang putih? Orang Sarawak memang cantik macam cikgu ke?,” tanya beberapa orang pelajarnya yang terpegun melihat kejelitaan Jessica.



Pertanyaan itu sedikit sebanyak akan digunakan sebagai permulaan untuk memperkenalkan kaum minoritinya yang menghuni pedalaman Sarawak.

Di laman sosial, netizen turut memuji kecantikan cikgu Jessica sehingga ada yang mahu kembali ke sekolah.

Tidak kurang juga ada yang mengusik mahu menghantar anak mereka ke sekolah itu agar dapat bertemu dengan cikgu Jessica.



Sumber: Harian Metro
Foto: Facebook Jessica Robert Stephen
#Cantik #Sarawak #Kerjaya
;