“Orang Sekarang Buat Lagu Nak Views Saja” - Slam Akui, Dulu Jual Album 40,000 Unit Pun Dikira Gagal
Izwan Isa
29/11/2021 13:20 MYT
29/11/2021 13:20 MYT
Tidak keterlaluan dikatakan, landskap muzik zaman sekarang jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan situasi zaman dahulu.
Selain pengeluaran album fizikal yang tidak lagi menjadi satu hal yang rutin dalam kalangan penyanyi, penerbitan lagu-lagu zaman sekarang juga dirasakan kurang dekat dengan pendengar.
Hal ini diakui oleh kumpulan pop Slam yang cukup popular dengan rangkaian lagu-lagu malar segar sejak penubuhan mereka sekitar lebih 30 tahun lalu.
“Kami meletakkan usaha sebanyak 100 peratus apabila mahu merakamkan lagu pada waktu dulu. Kami perlu teliti dalam segala hal, sehinggakan mahu guna perkataan ‘di’ dalam lagu pun kami harus fikir lama.
“Disebabkan hal itu kami rasa lagu-lagu lama mampu menjadi karya malar segar dan mampu bertahan sehingga sekarang. Lagu-lagu kami dibuat bukan sekadar buat. Sebagai contoh, Zamani nak rakam vokal ambil masa 5 jam,” katanya Shah mewakili Slam kepada Gempak.
Kumpulan Slam ditemui pada Sidang Media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Tambah Shah, pembabitan Slam dalam bidang muzik adalah kerana minat yang mendalam dan tidak pernah patah semangat jika kurang mendapat sambutan dalam kalangan peminat.
“Kita main muzik dan berkarya kerana minat terhadap bidang ini, tak fikir lain. Mungkin disebabkan hal itu, Slam masih lagi diminati dalam kalangan peminat sehingga hari ini.
“Orang sekarang buat lagu nak views sahaja. Mungkin sebab itu mereka susah ingin bertahan,” katanya lagu.
Menurut Shah, ketika zamannya dahulu, penjualan album yang sedikit sudah menjadi penanda aras kegagalan bagi mereka.
“Kami masih ingat album pertama kami dahulu terjual sekitar 40,000 unit sahaja. Pada waktu itu, penjualan sebanyak itu sudah dikira gagal. Saingan pula sengit. Kalau penjualan album cecah 80,000 hingga 100,000 unit baru dikira berjaya,” kongsinya sambil memberitahu album kedua mereka berjaya mendapat sambutan dan angka jualan mencecah 250,000 unit di Malaysia.
Konsert Slam Mentari Muncul lagi bakal berlangsung pada 12 Februari 2022 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Dianjurkan oleh Shiraz Projects dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKKM) serta MyCreatives Ventures, tiket konsert boleh didapati menerusi laman web, www.myticket.asia.