"Orang Selalu Tanya Macam Mana Bekerja Dengan..." - Pengarah Pusaka Buka Kisah Dengan Pengarah Sinematografi 'Old-Timer', Bersyukur Dapat Tambahan Tayangan

Kamaruddin Razal
Oktober 31, 2019 11:03 MYT
Pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rashid membuka kisah kerjasamanya dengan pengarah sinematografi terkenal, Mohd Nor Kassim.
Razaisyam berkongsi perkara terbabit menerusi sebuah 'thread' di laman sosial Twitter.

As film director, org yang penting merealisasikan visual aku ialah pengarah fotografi. Orang selalu tanya macam mana bekerja dgn oldtimer MadNorKasim? Seorang sosok yang sangat lama dalam industri filem tempatan. Dah berbelas movie dia buat. Difficult untuk dihandle? #filempusaka pic.twitter.com/NcZ1XonJY3

— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas lebih dua minggu Razaisyam dan Mohd Nor Kassim mencari 'look' yang sesuai untuk filem Pusaka, mereka bersepakat untuk menggabungkan semua teknik untuk menggarap naskhah.
Selain itu, Razaisyam juga bersyukur kerana hari pertama tayangan filem Pusaka menerima respon yang sangat positif.

Terharu tengok orang support #FilemPusaka hari 1st day start tayang. Alhamdulilah kita dapat tambahan tayangan, thanks @GSCinemas So guys, keep supporting local film, kerana tanpa korang kita tak boleh buat next movie.

— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Pusaka #Filem Pusaka #Razaisyam Rashid