Penyanyi Syafiq Farhain meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang sewenang-wenangnya menuduh virus herpes simpleks berlaku aktiviti seksual semata-semata.

Syafiq menerusi ruangan IG story di laman sosial Instagram (IG)nya meminta golongan berkenaan supaya banyak membaca dan menambah pengetahuan tentang virus herpes simpleks.

“Tu lah orang suruh baca kau malas nak baca kan? Lepas tu bila naik benda ni kau cakap sebab seks! Seks je kepala kau. Lain kali baca, jangan malas!,” katanya.

Syafiq turut memuat naik beberapa hantaran daripada pengikutnya di IG yang berkongsi pengalaman dijangkiti virus sama.

Ada juga yang berkongsi mengenai boleh dijangkiti virus tersebut selain memberitahu Syafiq mengenai jenis ubat-ubatan yang boleh diambil untuk mengawal jangkitan herpes.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim sebelum itu memuat naik sekeping foto menunjukkan virus berkenaan yang menyerang berdekatan mulutnya.

“Sekadar berkongsi, boleh Google dan baca herpes simplex virus,” tulisnya.

Untuk info, herpes simpleks adalah sejenis virus yang menjangkiti mulut, kulit, termasuklah organ pembiakan.

Virus ini menyebabkan kulit melepuh dan sakit. Ia masih tidak dapat diubati tetapi dapat dikawal.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!