Hiburan
"Orang Tak Pernah Rasa Perceraian Akan Sentiasa Memerli..." - Nourul Depp
Penyanyi Nourul Depp akui terkejut melihat tamparan yang dihadapi oleh pelakon Sharifah Sakinah selepas mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suami, Aliff Adha pada Mei lalu.
Menurut Nourul, individu yang berkelakuan sebegitu tidak pernah merasai fasa perpisahan justeru seronok memerli.
"Kami jadi terkejut dan takut. Seram pun ada. Orang tak pernah rasa perpisahan dan perceraian akan sentiasa memerli-merli.
"Akan sentisa mengata-ngata dan sentiasa mengutuk-ngutuk. Ingatlah. Kita semua manusia. Hidup ni ada putarannya," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelantun lagu Kerana Terluka ini turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga hal sendiri daripada sibuk dengan kehidupan orang lain.
"Jangan kawal hidup orang. Tapi kawal hidup kita yang kita tak tau apa nak jadi pada kita in the future. Tengok kain sendiri koyak tak.
"Jangan hakimi orang lain dengan apa dipakainya, dengan apa dibuatnya. Itukan jadinya syak wasangka. Dulu sekolah diajar jangan ada sikap syak wasangka ni sebab boleh jadi fitnah.
"Tunjuk kat orang guna satu jari, yang dok mai kat kita 4 jari lagi. Kata kat orang macam-macam, tapi sebenarnya bukan orang tu yang kita kata. Tapi kita tunjuk sapa kita sebenarnya.
"Semoga diberi petunjuk oleh Allah Taala buat kita semua. Tidak ada yang sempurna. Jadi kita improve bagi kita better. Sesiapa saja. Daripada dok kecam bagi orang lagi down. Bayangkan kalau jadi dekat diri sendiri," tulisnya lagi.
Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Ajai pada Disember 1996 namun berpisah pada Februari 2007.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayu Nazirah.
Pada Jun 2012, Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.