Bapa kepada aktres, Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson dedah pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan ketika menetap di Perth, Australia.

Kata Zainol yang juga seorang pelakon, di sana dia digelar sebagai ‘Security Officer’.

“Bila saya tengok pengawal keselamatan di Malaysia, teringat kembali zaman saya bertugas sebagai pengawal keselamatan di Perth.

“Di sana, mereka tak sebut ‘Security Guard’, dia sebut ‘Security Officer’. Pakaiannya pun kemas.

“Peralatan yang di sediakan ketika bertugas: Chotar besi (extendable) gari, pepper spray (cecair pemedih mata) dan 2 way radio, kad kuasa dan gajinya pun bagus,” ceritanya.

Zainol berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya beruniform lengkap ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memberi pelbagai pandangan termasuk baju uniform yang dipakai.

“Tak nampak mcaam security officer tapi lebih kepada police officer… terbaik uncle!” komen salah seorang pengikutnya.

“Wah terbaik... saya ingatkan polis,” kata salah serang warga maya.

Zainol kini berada di kampung halamannya di Perlis.

A post shared by Zainol Macwilson (@zainolmacwilson)