Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Orang Tanya Mana Anak Angkat Saya, Tiba-Tiba Hilang? Sebenarnya..." - Zulin Aziz

Kamaruddin Razal
06/05/2019 12:59 MYT
Pelakon dan penyanyi Zulin Aziz mendedahkan dirinya gemar melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan yang melibatkan kanak-kanak, lapor HLive!

Pernah mengambil anak angkat tahun lalu, Zulin kini kembali solo kerana anak angkatnya sudah dipulangkan kepada keluarga asal semula.

"Saya memang sukakan kanak-kanak. Saya terlibat dengan charity berkenaan mereka kerana saya sukakan budak-budak.

"Kalau ada yang tahu, saya pernah mengambil anak angkat. Orang tanya juga, mana anak angkat saya, tiba-tiba hilang?

"Sebenarnya, anak angkat saya sudah bersama dengan keluarganya semula kerana dia sudah mempunyai keluarga baru.. Maksudnya keluarga sendiri.

"Ibunya sudah berkahwin lain, dia sudah mempunyai bapa baru dan kini dia kembali kepada keluarganya. Syukur Alhamdulillah, jadi saya pulangkan dia kepada keluarganya semula," kata Zulin.

Mengakui proses untuk mengambil anak angkat sangat agak sukar, Zulin membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan.

"Saya bertindak untuk melibatkan diri dengan kerja kebajikan melibatkan kanak-kanak sahaja. Untuk kembali mengambil anak angkat, itu satu tanggungjawab besar.

"Pelbagai kes berlaku melibatkan pengambilan anak angkat. Saya juga masih solo, nanti satu hari saya akan ada anak sendiri juga.

"Saya fikirkan semula, banyak perkara yang bermain di minda. Jadi apa yang saya boleh lakukan sekarang, jika saya mahu bermain dengan kanak-kanak, saya boleh libatkan diri dengan aktiviti kebajikan untuk menghabiskan masa bersama mereka," katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Zulin Aziz
;