“Orang Yang Cakap You Tak Cantik Itu Ada Masalah Hati” - Shila Amzah
Asyikin Mayudin
19/09/2023 01:50 MYT
19/09/2023 01:50 MYT
Penyanyi Shila Amzah menerima pertanyaan di Instastory daripada pengikutnya yang ingin mengetahui cara untuk berdepan dengan orang yang mengutuk wajah tidak cantik disebabkan jerawat.
Menjawab persoalan itu, Shila memberitahu individu yang gemar mengutuk fizikal orang lain mempunyai masalah hati.
Menurut isteri kepada pempengaruh Ubai ini, mempunyai masalah jerawat, muka tidak sekata dan perut buncit bagi seorang wanita itu adalah perkara biasa.
“Pertama sekali, orang yang cakap you tak cantik itu ada masalah hati. Siapa saa manusia baik, akan cakap kat orang macam itu? Fasal fizikal orang.
“Okay sekarang, you sendiri kena bersyukur dengan segala apa yang Allah berikan pada you. Semua cantik ciptaan Tuhan.
“Jerawat adalah normal, having texture juga normal. Perut bloated untuk wanita juga normal,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Patah Hati ini menasihati pengikutnya itu agar berhenti berkawan dengan individu seperti itu.
“Jangan kawan dengan dia dah okay. Siapa kata you kena berdepan dengan dia? Sekarang you belakangi dia sebab dia tak penting dalam hidup you,” ujar Shila.