Berita
"Orang Yang Susah Nak Bagitau Kalau Tak Cukup Duit, Sedangkan Dulu ....." - Fad Bocey Kongsi Kisah Bersama Ibu Bapa
Penyampai radio ERA dan pelawak kumpulan Bocey, Fad, berkongsi kisah ibu bapanya sempena hari ulang tahun kelahiran emaknya semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), bersyukur apabila diberikan peluang untuk membalas jasa orang tuanya.
"Happy birthday mama. Moga Allah panjangkan umur mama, murah kan rezeki mama dan kurniakan kesihatan yang sihat buat mama.
Orang yang susah nak bgitau kalau tak cukup duit sedangkan dulu kecik-kecik adik selalu mintak macam-macam tanpa fikir ada ke duit mak aku ni.
"Orang yang selalu sembunyi kesedihan dia sedangkan kita kalau sedih marah sikit-sikit nak memberontak tunjuk perasaan. Semoga hari-hari yang akan datang lebih membahagiakan hidup mama.
"Sama-sama kita jaga ibu bapa kita sebab kita tak tau sampai bila Allah akan bagi kita peluang untuk balas segala budi orang yang lahirkan dan besarkn kita.
"Kita semua tak cukup sempurna tapi belajar la untuk menghargai, bukan dengan wang ringgit tapi cukup kalau kita hormati dan sanjungi," tulisnya.
Rata-rata mengakui tersentuh dengan kapsyen yang ditulis dan mereka mendoakan kesihatan kedua ibu bapa Fad.
Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dan mereka telah dikurniakan dua orang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.